Monday, October 4

ANDAI KAU TAHU..

Khas untukmu..
Cinta agung adalah CintaNya...
Cinta manusia bakal membuat kita alpa..
Aku ingin menasihati dirimu...
Jangan menyintaiku lebih dari menyintai yang Maha Esa..
Jangan mengingatiku lebih dari die mengingati yang Maha Kuasa..

Ya Allah,
Sekiranya aq jatuh cinta...
Maka jatuhkanlah cintaku pada seseorang yang melabuhkan cinta-Nya padaMu..
Agar bertambah kekuatanku mencintaiMu..
Semoga dirinya tidak mendoakanku lebih daripada dia mendoakan ibu bapanya..
Dahulukan Allah kerana di situ ada Syurga...
Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu pon..
Die memberi kamu pendengaran,penglihatan dan hati..Agar kamu bersyukur..

Dahulukan Ibu dan Bapamu kerana di telapak e2 syurganya..
Doa untuk Ibu Bapa:
Ya Allah ! Ampunilah bagiku segala dosaku dan juga dosa dua Ibu Bapaku,dan kasihilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku semasa kecil..Amin..

Aq terpikat dengan imanmu,bukan rupa...
Iman bukan untuk diwarisi,tetapi ntok dicari..
Aq lebih cintakan zuhudnya,bukan hartanya..
Zuhud dan Yakin menghilangkan tamak dan syak wasangka..
Aq kasihimu kerana santunmu..
Tolong menegur andai kamu tenggelam dalam angan2 mu..
Aq ingin menegur andai nafsu mengawal fikiranmu..
Aq milik yang Maha Esa..
Aq milik keluargaku..
Tanggungjawabmu besar terhadap keluargamu..
Andai diriku enggan merapati kerana menjaga batasan cinta..
Aq ingin menyabarkan kerana rindu e2 kurniaan Allah..

Aq tidak mahu menjadi fitnah besar kpde drimu..
Aq tidak mahu menjadi punca segala kegagalanmu...
Aq membiarkan Yang Esa menjaga dirimu..
Dan janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah kamu bersedih hati padahal kamulah orang2 yang paling tinggi (darjatnya)..Jika kamu orang yang beriman...
Aq ingin kamu berjaya dalam mengejar cita2 mu..
Jadilah penyokong dalam kejayaanku..
Cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Hubungan ini terjaga selagi kamu menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..

Mintalah pertolongan kepada Allah dengan jalan sabar dan mengerjakan solat..
Sesungguhnya sembahyang e2 amatlah berat terutama kepada org2 y khusyuk..
Semua ini..tidak mampu untuk aq memberitahumu sendiri..
Lahirnya dari dua hati..hadirnya tanpa dipaksa..

Ya Allah Ya Tuhanku,
telah datang padaku seorang insan yang mengetuk pintu hati ini..
Sekiranya dia adalah jodohku yang terbaik..
Yang telah engkau tetapkan buatku..
Sejak dari kandungan ibuku lagi..
Maka permudahkanlah urusanku..
Permudahkanlah urusan dia..
Permudahkanlah urusan kami berdua..
Ya Allah,Ya Rahman,Ya Allah Ya Rahim...
Lindungi imanku Ya Allah..
Lindungi imannya Ya Allah..

Sesungguhnya aq tidak mahu melekakanmu..

Cinta,karya indah Sang Pencipta..
Dimulakan di Syurga..
Dirasukkan dalam jiwa Adam dan Hawa..
Lalu dianak pinakkan ke setiap jiwa dengan kadar yang berbeza..
Cinta sebenarnya tidak buta..
Cinta adalah sesuatu yang murni,luhur dan diperlukan..
Yang buta adalah bila cinta e2 menguasai dirimu tanpa sesuatu pertimbangan..

CINTA? MENYINTAI? DICINTAI ?
adalah lumrah sifat kejadian manusia...
Hak untuk mencintai dan mnerima bergantung kepada individu e2 sendiri..
Pilihan adalah bergantung kepada kite..
Jika pilihan berlandaskan kepada agama,pasti hasilnye diberkati..
dan Sekiranya berlandaskan nafsu,pasti akan terhumban ke lembah penghinaan..
Jangan tertarik kepada seseorang kerana parasnye,
sebab keelokan paras dapat menyesatkan..
Jangan pula tertarik kepada kekayaannye,
kerana kekayaan dapat musnah..
Tertariklah kepada seseorang  yang dapat membuatku tersenyum..
kerana hanya senyuman,yang dapat membuat hari-hari yang "GELAP MENJADI CERIA"...

Amin ... Ya Rabbal Alaminn...~