Thursday, December 30

2010 Bakal Menutup Tirai.

Sepatutnye sox bru blik umah.
Setelah difikir2 balik,akhirnya aq mau pulang ke rumah .
Hehehee.Suke!
Hepy New Year kt umah..
Walaupon ati xmau pulang.
Tp,cam bez lak rsenya.huhuu.
Hm,2010.Bakal berlalu dengan kemanisan-kemanisan kenangan yang terindah.
Thanx 2010.Banyak mengajar aq erti kehidupan.
Tidak kurang juga dengan segala kenangan-kenangan kepahitan yang berlaku.
Perit sungguh untuk melupakan segalanya.
Setia ku korbankan.Die nak ckp aq pe pon aq xkesah lar.
Asalkan aq taw camne aq di mata die en.
Hidup biar ikhlas.
Haa,merepek je.Hurm,ari-ari terakhir berlakunya 1 peristiwa yang agak meninggalkan kenangan manis untuk tahun 2010.Pemain bola Malaysia Harimau Muda gagah mencapai kejayaan dengan agregat 4-2 yang berjaya mengalahkan Indonesia.
I salute u all team Harimau Muda !
Yang kes lg 1 nih,cmne la aq nk lupekan.
Aq kena korbankan gak.Lupekan ! Lupekan !
Sebab die aq skit jiwe ntok spnjg prjlnn hidup dr 2008-2010.
N,da laz.Aq harap moga kau da mati dalam ingatan aq selamanya...











2011   !!
I am Coming with da Excellent life !
Try to Becoming a new person with New Life!
Hahaha.Moga segalanya jadi kenyataan akhirnya.Insyaallah.
Impian 2010 masih dalam genggaman n akan ku bawa ke menara gading y lebih tinggi.Insyaallah.
Aq akan usahakan sebaik mungkin..
Impian nak jd Guru n Pengurus/Presiden.
Mungkinkah akan jadi kenyataan kedua-dua impian ni??
Heheh.tunggu & lihat je lar..(^^,)
Perjalanan saya masih jauh.

Tuesday, December 28

really?

A True frennz.....ermmm...betuL kew x nie????hehehe

A=Always with u when u are in trouble
B=Believes in u
C=Cares about u
D=Does not give up on u
E=Envisions the whole of u
F=Forgives your mistakes
G=Gives good advices
H=Helps u
I=Iivites u over
J=Just be with u
K=Keeps u close at heart
L=Loves u
M=Makes difference in your lives
N=Not judgemental
O=Offers support
P=Patient with u
Q=Quells u fears
R=Raises your spirit
S=Says nice thing about u
T=Trust u
U=Understand u
V=Values u
W=Walks with u
X=Xerox notes u don't have
Y=Yells when u don't have
Z=Zaps u behind him

MEnyesal??sesaLL??Tidak Perlu !haha.

WANITA: Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKI: Kamu!!!
WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti) Kamu, tulang
rusukku.

Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur,
Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang
rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi
merasakan sakit di hatinya...

Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk
sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan
masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi
membosankan.

Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan
cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai
menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA
lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak
cintakan saya lagi!!!".

LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga
berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang
rusukku!!!"

Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat.

LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang
telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air
mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad
untuk berpisah. "Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi
Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing".

Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha
mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi
sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai.

LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.

Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di
hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.

Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana
banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah
dinding pembatas.

LELAKI: Apa khabar?
WANITA: Baik... Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI: Belum.
WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan
kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu
nombor telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah.

WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal.."

Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang
korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan
kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah
kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia
patahkan.

*
Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai.
Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang
dikemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah
terlambat...*

*Kerana itu, **jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh
hati.**.. Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata
yang kau ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan akan *
*menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar
risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.*

*Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan
akibat yang akan diterima?? * 

Friday, December 24

7 Ciri Golongan Syurga Al-Firdaus.

Pertama : Khusyuk dalam menunaikan solat.
Insan yang Mukmin mampu melaksanakan solat dengan khusyuk sesuai dengan keteguhan dan kemantapan iman dimilikinya. Pengertian khusyuk mencakupi seseorang itu memahami apa yang dibaca dan dilakukannya dalam solat.

Menurut Imam al-Ghazali, dalam khusyuk itu juga harus ada rasa takut kepada Allah. Solat yang dikerjakan dengan khusyuk adalah syarat pertama untuk mewarisi syurga Firdaus.

Kedua : Memelihara diri daripada perbuatan yang tiada berguna.
Seseorang yang benar-benar Mukmin tidak akan membiarkan masa berlalu dengan tidak melakukan perkara berfaedah. Ia akan menggunakan sepenuh masa yang ada untuk mencari keredhaan Allah. Masa adalah kehidupan tidak berlalu masa itu melainkan telah habis sebahagiaan daripada kehidupannya. Oleh itu setiap saat masa berlalu akan dipenuhi dengan amal soleh dan kebaikan kerana setiap sesuatu itu akan ditanya oleh Allah s.w.t dihari akhirat nanti.

Ketiga : Menunaikan zakat.
Seorang Muslim sejati akan rela dengan ikhlas menunaikan kewajipan zakatnya tanpa wujud paksaan, lantaran sedar bahawa hartanya sudah memenuhi syarat untuk berzakat.

Selain itu, dia sedar bahawa pada harta miliknya itu ada hak orang lain yang harus diberikan, terutama hak fakir miskin. Hartanya yang sebenar hanyalah harta yang tinggal selepas dikeluarkan zakatnya.

Keempat : Memelihara kehormatan
Orang Mukmin berjaya akan menghindarkan diri daripada melakukan penyimpangan dalam hal seksual dan tidak mendekati zina. Dia tidak akan berlaku serong dan hanya menyalurkan keinginan syahwat (persetubuhan) melalui jalan halal dengan pasangan sah sahaja.

Kelima : Melaksanakan amanah.
Seseorang Mukmin yang diberi kepercayaan akan menunaikannya dengan baik kerana kepercayaan itu adalah penghormatan paling berharga baginya.

Keenam : Memenuhi janji.
Islam mengajar bahawa setiap janji mesti ditunaikan kerana janji itu ibarat hutang. Lantaran itu ia perlu dibayar. Segala sesuatu yang dijanjikan perlu dipenuhi kerana yang demikian adalah ciri Mukmin berjaya.

Ketujuh : Memelihara solat.
Solat pada pandangan Mukmin sejati paling penting. Jadi, solat mereka cukup terpelihara, sehingga dapat dilaksanakan dengan begitu baik lagi sempurna. Waktu solat dijaga dengan baik seperti solat pada awal waktu. Begitu juga dengan rukun dan pelbagai syarat lainnya yang mana semuanya itu sangat diberi perhatian.

Sahabat yang dihormati,
Sekirannya kita dapat melaksanakan tujuk ciri-ciri di atas dengan ikhlas, sabar dan istiqamah, insya Allah Syurga Firdaus akan dikurnaikan oleh Allah s.w.t. sebagaimana janji Allah di dalam Surah al-Mukminun ayat 1 hingga 11.

My Friend .RINDU !


Rindu kwn2 xpecially di rwg!
lame xjmpe nadhirah,ekin,farah n edah.
Borak,lepak & buat bising tengah2 malam kat umah aq..bikin gempak je.

Seyez.rindu ngan kwn2 kt poli gak.
Rindu nak study,makan,tido,lepak & borak same2.
Btw,aq sayang korang.

Thursday, December 23

:: SI KELAM ::

New Year will coming.
New for everything...
New mind.
N,change your world with own LIFE.

:: KAU SELALU ADA ::

Waktu aq sedih..Kau selalu ade kn??
Hm,tapi malangnya...Aku selalu xde time ko perlukan aku...
Sory..(^^,)

Die & Si Die??
Yang mne 1 nih..?
Halamak !
Kau yang suda berambus...Sory.
Aku akan lupakan kau walaupun sebagai member.
Aku tak kan anggap kau pernah wujud dalam hidup aku..
Itulah kalau dah terbuang namanya...

Yang suda datang,ha..
Thnx kerana kau wujud dalam dunia aku keyh friend.

Wednesday, December 22

Kenangan Terindah


Saya tetap 'sayang' awak walau saya tiada jodoh dengan awak..
Saya dan awak kenal melalui rakan-rakan..
Habis je kelas time sekolah dulu,terus je kite mesej en..
Selalu gak awak buat lawak.Saya suka sangat-sangat..
Awak selalu buat saya ketawa sorang-sorang sampaikan kawan-kawan saya pon naik hairan..
Lama-lama,awak buat saya makin sayang sangat kat awak..
Saya mahu kenal awak lebih dekat lagi..
Lama-lama,saya dengan awak makin serasi..
Walau ada orang yang mengganggu,kite tetap bersama..Saya tak pernah berputus asa..
Sekarang,2 tahun kite bersama..
Kite tetap bersama.Saya gembira dengan kehadiran awak dalam hidup saya..
Saya nakal.garang sangat..Selalu je usik awak..
Tapi,awak tak marah saya pon..
Kadang-kadang,saya usik awak sampai awak merajuk..
Saya pula tak pandai pujuk..Last2,awak yang pujuk saya balik..
Saya ingat awak pernah hantar surat..
Excited saya menunggu posmen datang tiap-tiap ary..
Walau awak jauh,awak sayang saya..Saya sayang awak..
Tiap-tiap ary kite mesej..N,tiap2 ari kite ym and my_ brsme...
Bila tengok awak tak bagi komen,hati saya jadi resah..
Saya cari awak di ym pon xde..
Akhirnya,awak muncul juga.Saya kembali ceria..:))
hari ini..Saya dapat berita awak sakit...
Saya risau..Saya tak taw nak buat apa...??
Saya cuma dapat taw tentang khabar awak je...
Hari ini awak diam je..Saya pon diam gak...
Tapi bile tengok awak diam lama sangat..Saya mesej awak..
Rupanya awak tak mahu ganggu saya..
Dan....Mahu ikut rentak saya untuk diam kerana selama ini awak yang selalu tanya khabar saya...
Saya berusaha pujuk awak dengan lagu-lagu kenangan kita bersama..
Akhirnya.....,awak senyum...
Awak cakap...'Siap awak kalau buat lagi...'...!!.
Semalam saya bagitahu awak yang saya sayang dan cinta pada awak..
Awak cakap,...awak sayang dan cinta saya juga......"Tapi..."..
Lagi juga saya fikir tentang soalan too...
Saya biarkan kerana cinta sangat2 kat awak...
Semalam awak tanya saya,"Sayang dan cinta awak pada saya macam mana??.."
Saya jawab,saya tak dapat hidup tanpa cinta dan sayang awak...
Walau lambat berjumpa,saya gembira memiliki cinta awak..
Bila awak tanya,'Kalau kita berpisah macam mana..?
Saya cakap saya akan ikat awak kuat2...
Saya akan bawak awak ke mana sahaja saya pergi..
Dan saya akan ikut je ke mana awak pergi...
Jodoh di tangan tuhan...
Takdir yang menentukan segalanya....:))

Ni semua cerita semata-mata.
xde kena mengena antara aq atau sesiapa..
Mahupon yang msih idup atau yang telah meninggal dunia...:)

Monday, December 20

2010

Macam2 telah berlaku.
Yela,
Yang penting...Kehidupan baru aku sudah bermula..
Hidup la aku sendiri dalam dunia aku.
haha.

Sedang Masa Berlalu.. 'V'

4 minggu boleh diiktiraf sebulan lar jugak..
Suda sebulan menghadapi Latihan Industri..
Yeah,elaun bakal masuk!hahahaa...
Hm,ari nie 20 Dec 2010.
Suda genap la setahun die pergi.

And then,mulalah kehidupan aku yang baru pada tahun 2011.

:D

CINTA :
(sebelum kahwin)
C = cubit kiri, kanan rasa.
I = impian indah ibarat syurga.
N = nikah impian utama.
T = taat setia membawa bahagia.
A = awal dan akhir bersama-sama

(selepas kahwin)
C = cuka yang dituang pada luka.
I = iblis yang merosak minda.
N = nafsu semata-mata.
T = tuba yang dibalas semula.
A = api dalam neraka.


KASIH :
(sebelum kahwin)
K = kongsi semua suka duka.
A = abang adik, ayang anja.
S = sumpah janji di bibir sentiasa.
I = istana bahagia dah dicipta.
H = hatiku hatimu jua.

(selepas kahwin)
K = kaki tangan naik kat kepala.
A = abuk pun tara, nak makan apa??
S = simpati langsung tak ada.
I = ironi membakar jiwa.
H = hidup mati sama je.

Zon Lawak Malaysia: http://zonlawak.blogspot.com

SAYANG :
(sebelum kahwin)
S = sikit-sikit SORRY, sikit-sikit SORRY, mengada!
A = asal free mesti nak jumpa.
Y = you lap me, I lap you!
A = apa saja sanggup diduga.
N = nak itu, nak ini... mesti dapat.
G = gula-gula, coklat, teddy bear hadiah utama.

(selepas kahwin)
S = salah sikit kiamat dunia.
A = air tak sedap, basahlah mata.
Y = yang betul dia je.
A = ada takde, bagi anak reti la.
N = nak dilawan, digelar derhaka.
G = gaduh sampai lebam.

HATI :(sebelum kahwin)
H = hanya dikau yang daku cinta.
A = air paip pun manis macam gula.
T = tak jumpa sehari boleh jadi gila.
I = igauan indah tak terkira.

(selepas kahwin)
H = hantu jembalang lagi sempurna.
A = air mata jadi teman setia.
T = tempat mengadu dah tak ada.
I = ikut hati mati, ikut rasa binasa...
Nak buat macam mana? Renungkan la....

Friday, December 17

TujuhBelasDisember2010.

Masa untuk pulang ke rumah!
hehehehe.Malangnya,xde hadiah pon aq dpt sempena umo aq y ke 9belas twon.
wah,sadiz kot!

copyPASTE.UJIkaji

Suatu pagi yang indah kat sebuah sekolah rendah, seorang guru yang begitu dedikasi mengajar anak2 muridnya tentang betapa bahayanya minuman keras kepada mereka. Sebelum memulakan mata pelajarannya pada hari itu dia telah mengambil 2 ekor cacing yang hidup, sebagai contoh kehidupan dan dua gelas minuman yang masing2 berisi dengan air mineral dan arak..

"Cuba perhatikan murid2.. lihat bagaimana saya akan memasukkan
cacing ini kedalam gelas, perhatikan betul2. Cacing yang sebelah kanan
saya, akan saya masukkan ke dalam air mineral manakala cacing yang sebelah kiri saya akan masukkan ke dalam arak. Perhatikan betul2."

Semua mata tertumpu pada kedua2 ekor cacing itu. Seperti dijangkakan, cacing yang berada dalam gelas yang berisi air mineral itu berenang2 di dasar gelas, manakala cacing yang berada di dalam arak menggeletek lalu mati. Si cikgu tersenyum lebar, apabila melihat anak2 muridnya memberikan sepenuh tumpuan pada ujikajinya.


"Baiklah murid2, apa yang kamu dapat belajar dari ujikaji yang
cikgu tunjukkan sebentar tadi??"


Dengan penuh yakin anak2 muridnya menjawab,

UNTUK MENGELAKKAN KECACINGAN...MINUMLAH ARAK...

Thursday, December 16

DiKeheninganMalam...

Rata2,orang skang lebih suka mementingkan diri sendiri.
Tidak memahami.Mungkin kerana faktor perubahan persekitaran semasa.
Semua berlumba2 untuk mengejar impian masing2.Semoga anda semua berjaya.

Nampaknya,
Perubahan besar telah banyak berlaku.Semakin hari semakin banyak..
Pe lah y aq mengarut nih.humm.
Daa,

Wednesday, December 15

Opz..!

Resah.Gelisah.Seraut wajah termenung jauh."Orang lain semua dah kahwin,tinggal aku sorang saja".Sekeping hati bermonolog.Monolog itu disusuli tujahan prasangka."Aku x cantik ke?" "Aku kurang bergaya ke?" "Ataupun pasal gaji aku tak seberapa?" "Aku tak pandai meng'ayat' agaknya".

Mungkin begitulah kerisauan yang memberat di minda muda mudi yang belum berpunya.Rasa rendah diru,stress dan gejolak rasa ingin memiliki membuatkan mereka berusaha memenangi hati dan memiliki seseorang tanpa mengenal batas halal dan haram.Yang penting,dapat.

Pilu hati ini melihat remaja yang merana kerana cinta.Pilu kerana walaupun mereka sudah merasai peritnya penangan cinta dusta,mereka masih tak mampu mengarah diri mencari cinta hakiki.Tidak serik-serik lagi.Diri diperhamba menagih cinta sementara hingga berkonflik dengan Pencipta cinta.Semua batasan-Nya diredah segala.Tak kenal dosa pahala.

Oh,remaja!

Cinta sebelum kahwin itu hanya menjerumus ke lembah dosa dan zina.Jika mampu bertahan ke jinjang pelamin sekalipun,percayalah bahawa rumah tangga itu takkan berkat.Apa tidaknya,asasnya dibina daripada dosa dan maksiat.

Mana mungkin dapat menegakkan tiang taqwa yang utuh kecuali dinaik taraf dengan taubat.Rumah tangga akan menjadi tawar dan hambar.Semuanya dah dirasa dan terbiasa,nak rasa nikmatnya apa lagi?Anak-anak menjadi mangsa.Terimalah ia sebagai hukuman di dunia.Amat pedih.Namun,terlalu sedikit berbanding pedihnya hukuman abadi di negeri sana.

Kuhembus nasihat ini kepadamu hai remaja tanda sayangku tak terhingga.Bagi para gadis yang belum berpunya,andalah pilihan-pilihan Allah untuk masih mekar terpelihara sehingga tiba pula giliran anda mendapat seruan,yakinlah.

Jangan risau jika masih belum berpunya kerana mungkin Allah ingin bagi ketenangan dulu buat anda untuk terus melangkah menggapai cita-cita.Usah peningkan kepala.Dia menguji anda sedikit masa lagi.

Begitu juga buat pemuda yang belum berpunya," first thing first".Utamakan yang lebih penting daripada apa yang penting.Kenali prioriti anda sekarang.Jika memang dah sampai saat nak memiliki,tabahlah dan teruskan berusaha.Ingat,pastikan waktu nak berusaha tu anda memang dah betul-betul mampu dan bersedia.

Memiliki seorang isteri solehah ibarat memiliki dunia dan seisinya.Sudah tentu jalan untuk mendapatkan sesuatu yang istimewa amat berliku dan banyak cabaran.Jangan putus asa.Rasa mulialah dengan usaha yang dicurahkan walaupun pinangan pernah ditolak.Usah rasa malu dan terhina kerana Allah menilai setiap usaha selagi berjalan di landasan-Nya.Teruskan berusaha!

Ingat,usaha yang Allah  redha sahaja.Bagaimana?Dengan sms siang malam?Atau bergayut di telefon memanjang?Atau ajak keluar,belanja makan?Begitukah?

Berusahalah menyediakan diri dan pikatlah ibu bapanya terlebih dahulu,itu tips memikat wanita solehah dan beriman.Seabik-baiknya gunakan orang perantaraan untuk lebih menjaga warak dan iman.

Seringkali,seseorang mencari kekasih ibarat dia mendaki gunung yang tinggi.Pepohon berduri sanggup diredah,curam dan jurang sabar ditempuh.Namun,apabila dia memilikinya,didapati insan yang dikejar itu dedaunan kering cuma.Begitulah perumpamaan sia-sianya usaha yang tak disalur dengan suluhan petunjuk al-Quran dan Sunnah.

Beringatlah,urusan jodoh tak ke mana.Sudah sedia tercatat seungkap nama di Loh Mahfuz untuk kita.Ianya urusan yang pasti.Apa yang tak pasti,sama ada kita mendapatkannya cara mulia atau sebaliknya.Wallahu'alam.

Tuesday, December 14

4BelasDisember.

Masa berlalu dalam kemalasan..
Sangat panjang tempoh waktu hari ini...
Sepanjang lima jam berada di abad ini.....
Mak aiii! Bru nk pukul 1 ke??Lamenya....
Hmmmm...:(
Neway,hari smakin berlalu..
Hargailah masa yang telah dianugerahkan....:D

Monday, December 13

TigaBelasDisemberDuaRibuSepuluh.

Pagi2 lagi sudah merentas hutan belantara.
Menikmati suasana desa..
Burung-burung berkicauan...
Ke sana dan ke mari..
wah,indahnya hari ini!:D




Today Is My Burfday.
Wah3,mau gempak .siot je nk kecoh2.hahaha.
Neway,Thnx a lot for My Family especially coz giv me more supported.
Hm,thnx Ibu n Abah coz wish kat mira.Doakan mira berjaya dunie n akhirat ok.
Sayang Ibu & Abah!
Ibu n Abah gak..Mira doakan bahagia selalu....
Alya pon sme.thnx yea adik..Moge adik cept2 dpt surat jwpan dari SBP..
Mudah2 an kte sekeluarga hidup Bahagia D dunie & akhirat...
Insyaallah...


Juz,adi je y x wish.siot nye budak.haha.
befday ko naty aq xnk wish gak.




Btw,Thnx 4 all my fwen at FB !
hehehe.korg2 sume thnx sgt2.
Wish befday aq.
xsgke rmai gle y wish.hehee.
skang da 9belas.
yeah,mse ntok wat prubahan...
Tidak payah lg mmkirkan tentg benda2 yang tidak perlu....
e2 hasrat n impianku.
2 sem lg ntok brde d poli...
huishh..lme gle...


Kemendungan sudah mula menunjukkan wajahnya di awang-awangan...
Melitupi kecerahan matahari yang melampau-lampau...

Celebrate my befday???
I think,xde celebration.
Because..arito da clebrate da ..
Then,ari ni.lalui lah kehidupan seprti biasa d umah nenek...
Neway,Gudluck Mira!!!(ucapan untuk diri sendiri kot..)
Chaiyoo !hahahah.:D
Meleng sementara..

Wednesday, December 8

Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah

 "Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan... teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup ini..."

"Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan...apa yang ada hanyalah percubaan,cabaran dan pelbagai peluang.Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula kapada Ilahi..."

"Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan"

MAKAN!

Hahaa.
Pesta makanan dalam ofiz!
mcm2 mknn ade kt cni.hehe.
mai2...:D


Holiday!
Yez!January!


Im Coming.huhu.

:::: PURPLE LADY::::: ANTARA PULAU TERCANTIK DI MALAYSIA

:::: PURPLE LADY::::: ANTARA PULAU TERCANTIK DI MALAYSIA:
so sweet sume pulau yang ade kt mlysie nie....
nway,dlm byk2.i suggest pulau tioman.snokelling!wah.

HIJRAH 1430.

Hijrah.
Kite mula berhijrah.
Berhijrah ke arah perubahan yang lebih maju.
Yeah!
Hm,antara benda2 y membuat sy ntok berubah ada banyak.
Sementara itu,umur sy pon bakal masuk 19 tahun pada 13 Disember ini.
Orang len da nak msok 20.aq je yg terkial2 menyambut ulangtahun ke 19.
Neway,sangat bahagia ngan kehidupan sekarang.
Rindu akan family tercinta.kwang3.
Diz wex blik rawang.I Like That.:D
Ari ni ari ke 7 aq praktikal.
So,genaplah seminggu di sini.Bez.
Tertanye2 tentang 'holiday' ngan family.
Bila la nk g holiday gn fmily??
Hm,ktenya...leps my bro abiz spm.
then,tggu je lar..menanti d mnekh destinasi yang bkal mnjdi tmpat kmi skeluarga brehat..hehe.
Opz!8.45..wktu keje beyh..so,chow dlu..daa.

Monday, December 6

DISEMBER is coming.

Disember da dtg..n,berakhirlah tahun 2010..
2011 is coming...
Azam baru...heheh.Pe ye azam 2011??
tertanye2 la pulak.....haihh..
Orang2 kt praktikal sume baik2.i like.
hehe.sgt peramah...
New friend bridging...Kak Sara,Kak Ha,Kak Balqis,Abg Adi,Kak Hada,Kak Sha n Kak Leha

PRACTICAL

 
PERMODALAN NASIONAL BERHAD









yeah,da msok seminggu da aq prktikal d cni.hehehe.
menyebabkan suda lame aq tidak mengaktifkan diri dengan laman sosial.
yela,tme kt poli dpt tgok stdent2 mrempit je ble da abiz tme klaz.
rindu akan poli.
rindu gle suasana dlm klaz.
rindu kawan2.sgt merindui.huhuhuuu..
Hm,syg2ku sekalian..ble la kte nk brjmpe??lisa,dila n d otherz.hehehee...
xlme lg da bezday aq.da nk tue da..msok 19 twon.heheh.
org len sume nk msok twenty.aq je y xsmpai2 lg ke thap too.heheh.
neway,t que meluahkan lg isi hati ku d blog trsyg nih.hehehehhe.
wktu rehat hmpir tibe...
lalalalalal..POliteknik.i come nex wex there.

Saturday, November 20

TINGGAL SEMINGGU JE LAGI.

Hmm,tiggl sminggu je lg.psto,da msok l.i plak.Semester ke-4.
Hope sgle2 nye brjlan dgn lancar lah.hehe.
Buhsan dok umah.xg mne2 pon sepanjang 2 minggu cty y dberikan oleh poli.
Hahaa.Neway,All Da bez to My Clazmate .Gudluck 4 u all nye practical ehh.
Sem 5 t kte jmpe lek.daa~

Friday, November 19

20 Perkara Yang Buat Wanita Benci Lelaki.

1. MENINGGIKAN SUARA


> Tahulah mereka dikurniakan suara yang ‘macho’ tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.

2. MAIN KAYU TIGA

> Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih, mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.

3. SUKA ‘CUCI MATA’

> Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik abang!

4. MENGONGKONG

> Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-geri kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil itu. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka disoal siasat oleh kekasih mereka… Macammana tu?

5. EGO

> Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa mempedulikan perasaan si gadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita. Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.

6. MENIPU

> Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lama kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi anda.

7. PERASAN

> Aduhaiii… lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini berkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem. Boleh tu mengaku merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita. Tapi, mungkin pada pandangan seorang wanita mereka ini sederhana sahaja tapi mereka ini yang suka perasan lebih. Bukan semua wanita memandang pada paras rupa, kalau dah terlebih-lebih perasan tuu… Ada wanita yang lebih suka mengutuk dari memuji…

8. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI

> Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. Lelaki selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan luahan pasangannya. Mereka juga suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih… Egolah katakan! Tidak semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh diguna pakai.

9. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN

> Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jika berkaitan teman wanita, alamatnya… mereka kurang mengambil perhatian. Mengapa ya? Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan dimanjakan.

10. CEMBURU BUTA

> Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal dan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelaki yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain kot. Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu. Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya. Jangan cemburu buta sudahlah, malas jugak nak layan kadang-kadang!

11. MATA DUITAN

> Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun gelarannya ‘lelaki spedo’. Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan yang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran. Kalau kisah perempuan mata duitan kita sudah biasa dengar, tapi kalau lelaki pula yang mata duitan… apa cerita ni?? Takkan masa-masa macam ni keegoan lelaki hilang pulak?!!

12. KOMITED TERHADAP KERJAYA

> Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengan kerjaya. Mereka ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila diajak keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita tentang kerja dan merungut sering dibebani kerja yang menimbun. Bukanlah tidak boleh lelaki mementingkan kerjaya tetapi pandai-pandailah membahagikan masa bersama teman wanita. Paling tidak pun, seminggu sekali luangkan masa menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan kerja. Bukannya kaum wanita ni tidak memahami kalau teman lelakinya pandai membahagikan masa…

13. PANAS BARAN

> Aduiii… masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak terajang? Kalau nak sepak terajang carilah mereka yang sepadan dan janganlah berlawan dengan kaum yang lemah bang! Di mana sifat bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah kawal kerana setiap dari kita ada barannya, cuma kena pandai-pandai mengawallah. Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah cik abang oiii!!!

14. KAKI MEROKOK

> Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasap sana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari adakalanya habis sekotak rokok. Kalau habiskan duit dengan makan benda berfaedah tak apa juga, ini tidak… asyik menyedut asap yang tidak menyehatkan. Kalau asap tu membawa kesan pada diri sendiri saja tak apa juga, ini tidak… membawa kesan juga pada orang sebelah menyebelah. Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kita juga dan tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak teman lelaki mereka membazirkan duit dengan merokok.

15. PENGOTOR

> Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang pengotor. Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata. Yarkkk!!! Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama berulang kali, tidak memakai deodarant dan macam-macam lagi sampaikan badan sudah berbau semacam pun dia tak sedar. Tidakkah mereka ini terasa segan apabila menyedari badan sudah berbau?? Entahlah… hanya kaum lelaki yang bersifat pengotor ini saja yang dapat menjawabnya.

16. GELOJOH

> Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Macam ‘food machine’. Mereka lemas melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi mereka tidak sedar cara mereka makan yang gelojoh juga melemaskan kaum wanita. Sepatutnya, samada lelaki mahupun wanita patutlah makan dengan bersopan. Buat apa terkejar-kejar?

17. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN

> Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepak ataupun menonton WWF bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalu mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal. Sekali-sekala bolahlah, jangan pula selalu saja memberi alasan hinggakan masa bersama teman wanita tiada langsung semata-mata untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan. Apa guna bercinta kalau macam tu gayanya? Kalau ada masalah pula, kawan-kawan sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan si dia. Kalau dah memilih si dia sebagai kekasih, mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri anda, jadi takkanlah anda selalu hendak merahsiakan sesuatu dari dia. Tak eloklah berbuat demikian, nanti si dia terasa seolah-olah dirinya tidak penting buat anda pula.

18. TIDAK TAHU MEGHARGAI

> Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap meghargai mereka ini. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan tu, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap anda yang menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya terhadap anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.

19. PUTAR BELIT
> Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini tak mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan terlepas dari kesalahan sendiri. Sekiranya anda benar-benar menyintai pasangan anda, perkara begini seharusnya tidak berlaku kerana apa akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah anda suatu hari nanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan, melepaslah anda! Jujurlah pada pasangan anda.

20. SUKA KONTROL MACHO

Peh! Nak dikatakan macho, ada juga yang tak. hancur je yang lebih kot! Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan hensem. Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejati dan ada elemen HERO. Tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana wanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda. Sekiranya anda rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda tidaklah semacho yang disangkakan, tak guna juga!

Tuesday, November 16

CRY ON MY SHOULDER.

If the hero never comes to you

If you need someone you're feeling blue
If you wait for love and you're alone
If you call your friends nobody's home

You can run away but you can't hide
Through a storm and through a lonely night
Then I'll show you there's a destiny
The best things in life they are free

But if you wanna cry
Cry on my shoulder
If you need someone
Who cares for you
If you're feeling sad
Your heart gets colder
Yes I show you what real love can do

If your sky is grey oh, let me know
There's a place in heaven where we'll go
If heaven is a million years away
Oh, just call me and I'll make your day
When the nights are gettin' cold and blue
When the days are gettin' hard for you
I will always stay here by your side
I promise you I'll never hide

But if you wanna cry
Cry on my shoulder
If you need someone
Who cares for you
If you're feeling sad
Your heart gets colder
Yes I show you what real love can do

But if you wanna cry
Cry on my shoulder
If you need someone
Who cares for you
If you're feeling sad
Your heart gets colder
Yes I show you what real love can do

What real love can do
What real love can do
What love can do
What love can do
Love can do

COPYPASTEFROM.FACEBOOK.SEDIH.HAYATILAH.

Errmm . . Actually sy paaalinggg xsuke bace ksh sedih . . .

Nanti mst nanges . . HAHAHA . .
So , sape yg kuat nanges . . sila jgn bace . . :)

Name aku Amir.. Aku de sorg awek.. Sorg??? huhu.. Awek aku ni mmg lawa giler r!! Sbb die lawa tu r aku ngn membe2 aku berebut.. Nasib aku baik la, aku dpt jugak die....memandangkan aku ni pun kategori org yg handsome.. hahaha..

OOPS! lupe! Name awek aku ni Nadia.. Kitorg x same kampung tp satu sekolah.. Satu hari ni aku dpt twrn smbung blajar kt satu IPTA ni.. Awek aku pn dpt.. Alhamdulillah result SPM kitorg cemerlang walaupun aku pun x percaye boleh dpt 7A.. Hahaha.. Tp mmg giler r.. Walaupun kos yg ditawarkn same, tp aku terlambung kt utara n die lak kt Selatan..

Die ni kuat jeles tu jgn ckp laa.. hidup aku dia yg aturkan.. selama aku satu sekolah dulu, jgn hrp la aku nk kuwa ngn membe2 perempuan aku.. Jgnkn kuwa same, pndg pun x boleh.. Kdg2 aku rimas jugak ngn die.. T aku ckp byk ngn die, mau die marah2 then merajuk.. Benci tul aku.. Aku tau die sygggg sgt2 kt aku. Aku tau die mmg x lyn mane2 lelaki yg cube usyar line die.. Kdg2 aku bengang jugak if ade lelaki yg hntr2 msj kt die walaupun die x reply..

Tp sebenarnye aku ade sorokkan sumthing drp die.. Disebabkan kitorg pun da terpisah jauh, aku mule la nk test market kt utara ni.. Jahatkn? Aku rase bebas!!! Aku pn rase die mcm tu jgk kot.. Yelah, die kn lawa.. Msti r ramai jantan usyar die.. Disebabkan aku nk menutup perasaan prasangka yg buruk2 tu, aku mula r berkawan ngn ramai perempuan kat sini.. Setiap kali org tanye status aku, mesti aku jwb aku single.. Aku selalu kuwa ngn member2 perempuan aku kat sini.. Mmg lagak cm org single.. Aku selalu teringatkan die time aku tgh berfoya2.. Bile wktu mlm sebelum tidur, msti die yg call aku.. Aku? Kdg2 kot.. Tp aku syg sgt kt die.. Aku ckp kt die, membe2 aku kt sini semuanye jantan.. Die ckp die pun same.. Sebelum kitorg end call mst die cerita2 kenangan kami bersama.. Die selalu ckp, "kalau sy da x de baru awk leh gatal dgn perempuan lain".. Kdg2 aku mrh die sbb die ckp yg bukan2 walaupun hakikatnya aku mmg da menggatal da pun.. Kdg2 aku selalu jgk create pergaduhan ngn die.. byk kali die nangis time gaduh2 ngn aku.. pernah tu aku tertengking dia.. kesian die.........

"SAYA SAYANG AWAK! SAYA NAK AWAK!"

Tibe2 aku terkejut drp lamunan.. Rupa2nye member perempuan aku, Tiqah.. Aku pn dgn bangang aku terima..

Mase duit PTPTN kuwa, aku beli sebijik henpon lg. Satu henpon khas tok msj Nadia, satu g utk Tiqah.. Dlm tempoh aku belajar kt sini, mcm2 tipu aku wat.. Aku tipu dua2 perempuan tu.. Tp hati aku tetap sygkn Nadia.. Mungkin sbb jauh, perasaan tu kdg2 bercampur.. Tiqah pn mcm Nadia.. Sejak aku couple ngn minah ni, aku dah x kuwa ngn member2 perempuan lain.. semuanya kembali mcm mase aku ngan Nadia dulu.. Aku terasa bersalah sgt.. Tp dlm mase yg same aku just nk hilangkan perasaan bosan sorg2 kat sini.. "Kalau la Nadia tau.." Kdg2 aku terfikir nk berterus-terang.. Tp aku x berani.. Kalau dulu aku tidur pukul 1.30, sekarang ni pkul 3.30 kdg2 pkul 4.. Yelah sbb nk gayut dgn dua2.. Semua org x tahu siapa aku sebenarnya walaupun roomate aku sendiri.. Setiap kali aku balik kampung, Nadia x balik.. Yelah.. U dgn sekolah mane same.. Cuti lain2.. Cume ade sekali tu kitorg dpt cuti same2.. Cuti raye kn.. Time aku jumpa ngn Nadia, aku sorokkan henpon satu lg tu kat rumah.. Nadia makin lawa! Berseri2.. Mane2 lelaki tgok gerenti r cair ni.. Nadia ckp cinta die hanya utk aku.. Selama die berpisah dgn aku, die semakin rindu, semakin syg n cintakn aku.. Utk hilang rase camtu, die habiskan mase dgn belajar.. Kdg2 die ckp belajar smpai tau2 da mlm.. Die happy sbb hati aku masih x berubah utk dia sorang.. ERR! aku terasa bersalah sgt.. "Kalau sy da x de, baru awk leh gatal dgn perempuan len tau!" ckp die sambil tergelak2.. Perkataan tu da berjuta kali kot die sebut.. Aku tgok muke die yg lembut tu.. Die bersuara, kalau habis belajar, die nk aku ikat die sebagai tunang.. Pastu die nk kami kerja, kumpul duit byk2 n kahwin then sambung belajar lg.. Beria2 die menceritakan impian die kt aku...

Permainan aku berlarutan sehingga sem yg ke 4...

Pada satu hari ni aku g makan ngn Tiqah mcm biasa... Heboh kampus aku jd tuan rumah untuk satu pertandingan perbahasan antara IPTA. Kebetulan hari ni ulangtahun ke 3 aku ngan Nadia.. Mcm biase aku g mkn ngn Tiqah kt cafe.. Mase Tiqah tgh ambil lauk, aku terniat hati nk cek msj die.. Terhenti jantung aku, berlambak2 msj sorang jantan yg bersayang2 kt inbox dia.. Aku pn angin r.. Mase Tiqah duduk, aku soal2 dia smpai menangis minah tu.. Sebelum ni x terniat pulak aku nk cek.. Tiqah ckp die ttp sygkn aku.. Aku pun mula terfikirkn Nadia.. Tibe2 ade sekumpulan awek dtg kat meja aku time2 gini la pulak.. X lame pastu aku nmpk Nadia.. Aku menelan air liur.. Rupe2nye, Nadia ambil bahagian dalam pertandingan tu.. Bila Tiqah nmpk ramai2 awek tu dtg kt aku, pelik r die.. N dgn kuasa Allah, semua terbongkar pada saat tu.. N Tiqah sendiri mengaku yg dielah awek aku kt depan Nadia.. Aku tgok Nadia menangis.. Die x bercakap sepatah haram perkataan pun.. Cume die berikan aku sekotak hadiah ulangtahun kami sebelum dia tinggalkn aku.. Aku terus putuskan hubungan aku ngn Tiqah.. Mase aku balik hostel, puas aku call Nadia.. Aku hntr msj berlambak2 kt die.. die x reply pn... Aku sedar, die dah benci aku..

Rupanya Nadia masih menerima aku.. Aku happy sgt2.. Aku berjanji x nk kecewakn die lg.. 2 minggu kejadian itu berlalu.. Org2 sekeliling aku mula menjauhkan diri daripada aku.. Nk2 yg member2 perempuan aku la.. Aku dah x kesah da.. Aku dah berubah.. Aku cuma nk dapatkn keputusan yg cemerlang sampai time akhir sem nanti. Aku nk dptkn kerja baik2.. Apa2 pun aku nk ikat Nadia dulu.. Kdg2 aku berasa malu sgt kt Nadia nk2 bila teringatkn mak ayah dia.. Nasib baik die x pergi report kat mak n ayah dia.. hehe.. Dlm tgh syok2 berangan sambil membelek2 kemeja baru hadiah ulangtahun daripadanya mase hari kejadian tu, tibe2 aku dpt msj drpd member Nadia.. "Nadia eksiden!" Ermm.. Hati aku tibe2 jd x sedap.. Msj kedua drp member die smpai lg.. Terasa panas muka aku bile bace msj tu.. "Nadia da X DE.. Die kne langgar ngan kereta mase lintas jln.." Mcm org gila pas aku bace msj tu.. Aku ambil keputusan balik kejap kampung walaupun terpaksa ponteng kelas..

Aku rase kosong.. Kosong sgt.. Teringat gelak tawa die, teringat suara die, muke die yg lawa tu.. Aku menangis dlm bas.. Aku x peduli ngn org2 yg pndg aku.. Kali ni aku betul2 menyalahkan diri aku.. Semua kenangan aku ngan Nadia bermain dlm kepala aku.. Aku xmampu menahan perasaan sedih ni.. Berulang kali aku bace msj terakhir Nadia mlm td.. "Awk, sy nk tido.. Mcm biase, sy sygkn awk utk selamanye walaupun awk da lukekn ati sy, sy maafkn... Tp ingat! Kalau sy x de baru awk leh gatal ngn perempuan len tau! Hehe.. Nk mrh la tu.. Sy leb awk! Sweet dreamz.." Ya Allah! Kuatkn hatiku ni.. Semasa aku sampai, jenazahnya belum tiba lagi.. Ye.. Aku pun terus mencoretkan kisah ini.. Semoga menjadi pengajaran kt korang.. Air mata aku berguguran sepanjang mencoretkan kisah ni.. Tapi aku tau, Nadia x kn kembali da.. X de lg msj Nadia, panggilan Nadia.. X de dah ungkapan "kalau sy x de" tu dah..

Teman2.. Aku mintak sedekahkanlah fatihah utk nya.. Mungkin ada yg memperlekehkn kisah aku ni.. Tp bg aku, inilah kisah yg plg bermakna utk aku.. Utk selamanya aku menyayangi kau, Nurul Nadia bt Zainarruddin..

Mungkin kejap lagi jenazahnya tiba.. Aku nk bersiap2 utk beri penghormatan terakhir buat die yg aku sygi.. Sememangnya cinta die utk aku shgga akhir nafasnya... Aku mampu merelakan pemergiannya... Tabahkn hatiku Ya Allah.... -Al Fatihah.....


HAAAAAAAAAAAAAAAAA ! Da bace ke ??? Sedihkan ???
Huuu~ Pasni xnk da bace ksh2 sedih . . . .
Mmg xkn . .
Semoga jadi pengajaran utk kite semua . .

KETIKA MALAM PENUH BINTANG..

Hari ni aktiviti cam bese la on9 je.haha.
Hm,lepk2 uma.sgt buhsan.nsib baik xlme lg je nak praktikal.suke.
Ari ni ari yang ke-6 cuti selepas habiz exm.
Sangat mengujakan.bahagia sangat2 dok uma.
Apakan daya.Redha je la.
Rakanku telah pergi jauh dariku..Berlalulah...
Hampir ke Pantai Timur...

Then,aq pon kesepian..
Salam AidilAdha...

COPYPASTEFROM.DAYAH.

kenapa kau cari aku lagi? tak perlu. lupakan. lupakan saja. aku bukan lagi aku yang dulu. aku bukan lagi aku yang kau kenal dulu. aku cuba berubah untuk menjadi yang lebih baik. jangan samakan aku sekarang dengan aku yang dulu. aku cuba lukis atas kanvas yang baru. yang lama telah aku buang jauh-jauh. mungkin kau tak faham sebab kau belum bersedia. belum bersedia untuk menerima perubahan. apa yang terjadi? aku menjadi lebih dewasa. kau teruskan sajalah dengan hidup kau. ada sebab kenapa kau tak perlu ada dalam hidup aku yang sekarang.

-MAAF DAYAH COZ AMIK TNPE KEIZINAN.AYAT AWAK MENARIK.

COPYPASTEFROM.ILUVISLAM.

Buatmu...

Bakal suamiku,
Entah angin apa yang membuai hari ini, membuatkanku begitu berani untuk mencoretkan sesuatu untuk dirimu yang tidak pernah kukenali. Aku sebenarnya tidak pernah berniat untuk memperkenalkan diriku kepada sesiapa. Apatah lagi meluahkan sesuatu yang khusus buatmu sebelum tiba masanya. Kehadiran seorang lelaki yang menuntut sesuatu yang aku jaga rapi selama ini semata-mata buatmu. Itulah hatiku dan cintaku, membuatkan aku tersedar dari lenaku yang panjang.

Aku telah dididik ibu semenjak kecil agar menjaga maruah dan mahkota diriku kerana Allah telah menetapkannya untuk suamiku, iaitulah dirimu suatu hari nanti. Kata ibu, tanggungjawab ibubapa terhadap anak perempuan ialah menjaga dan mendidiknya sehingga seorang lelaki mengambil alih tanggungjawab itu dari mereka. Jadi, kau telah wujud dalam diriku sejak dulu lagi. Sepanjang umurku ini.

Aku menutup pintu hatiku daripada mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu membelakangimu. Aku menghalang diriku dari mengenali mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu mengenali lelaki lain selainmu, apatah lagi memahami mereka. Kerana itulah aku sedaya kudrat yang lemah ini membatasi pergaulanku dengan bukan mahramku. Aku sering sahaja berasa tidak selamat diperhatikan lelaki. Bukanlah aku menyangka buruk terhadap mereka, tetapi lebih baik aku berjaga-jaga kerana contoh banyak di depan mata. Apabila terpaksa berurusan dengan mereka, akan aku buat ‘expressionles face’ dan ‘cool’. Akan aku palingkan wajahku daripada lelaki yang asyik merenungku ataupun cuba menegurku. Aku seboleh-bolehnya melarikan pandanganku daripada ajnabi kerana pesan Sayyidatina ‘Aisyah R.A ;

“sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan dipandang”

Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apa guna aku menjadi idaman ramai lelaki sedangkan aku hanya boleh menjadi milikmu seorang. Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang boleh dimiliki sesuka hati. Aku juga tidak mahu menjadi punca kejatuhan seseorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat kuberikan.

Bagaimana akan aku jawab di hadapan Allah kelak andai disoal?

Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi?

Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki kelemahan dan menghias peribadiku kerana itulah yang dituntut Allah. Kalau aku inginkan lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik.

Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?

Tidak dapat aku nafikan, sebagai remaja aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun, setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahawa aku perlu menjaga perasaan itu kerana ia semata-mata untukmu. Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi lebihan lelaki lain. Lelaki itu berhak mendapat kasih yang tulen, bukan yang telah dibahagi-bahagikan.

Diriku yang sememangnya lemah ini diuji Allah apabila seorang lelaki secara tidak sengaja mahu berkenalan denganku. Aku secara keras menolak, pelbagai dalil aku dikemukakan, tetapi dia tidak mahu mengalah. Lelaki itu tidak hanya berhenti di situ. Dia sentiasa menghubungi dan menggangguku. Aku berasa amat tidak tenteram, seolah-olah seluruh hidupku yang ceria selama ini telah dirampas dariku. Aku tertanya-tanya adakah aku berada di tebing kebinasaan. Aku beristighfar memohon keampunan-Nya. Aku juga berdoa agar Dia melindungi diriku daripada sebarang kejahatan. Kehadirannya membuatkan aku banyak memikirkanmu. Kau kurasa seolah-olah wujud bersamaku. Di mana sahaja aku berada, akal sedarku membuat perhitungan denganmu. Aku tahu lelaki yang melamarku itu bukan dirimu. Malah aku yakin pada gerak hati, ‘woman intuition’ku yang mengatakan lelaki itu bukan kau.

Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku ini untuk memilih berlian sedangkan aku hanya sebutir pasir yang wujud di mana-mana. Tetapi aku juga punyai keinginan seperti gadis lain, dilamar lelaki yang bakal dinobat sebagai ahli syurga, memimpinku ke arah tuju yang satu. Tidak perlu kau memiliki wajah seindah Nabi Yusuf A.S yang mampu mendebarkan jutaan gadis untuk membuatku terpikat. Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Luh Mahfuz, Allah pasti mencampakkan rasa kasih di dalam hatiku, jua hatimu kali pertama kita berpandangan. Itu janji Allah. Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan kau zahirkan perasaanmu itu kepadaku kerana kau masih tidak mempunyai hak untuk berbuat begitu. Juga jangan kau lampaui batasan yang telah ditetapkan syara’. Aku takut perlakuanmu itu akan memberi impak yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak. Permintaanku tidak banyak, cukuplah dirimu yang diinfak seluruhnya pada mencari redha Ilahi.

Aku akan berasa amat bertuah andai dapat menjadi tiang seri ataupun sandaran perjuanganmu. Bahkan aku amat bersyukur pada Ilahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, menghulurkan tanganku untuk berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu. Akan aku kesat darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itulah impianku. Aku pasti berendam airmata darah andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu padaku. Bukan itu yang aku impikan. Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu. Kerana dengan mencintai Allah kau akan mencintaiku kerana-Nya. Cinta itu lebih abadi dari cinta insan biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.

Aku juga tidak ingin dilimpahi kemewahan dunia. Cukuplah dengan kesenangan yang telah diberikan ibu bapaku dulu. Apa guna kau menimbun harta untuk kemudahanku sekiranya harta itu membuatkan kau lupa pada tanggungjawabmu terhadap agamamu. Aku tidak akan sekali-kali bahagia melihatmu begitu. Biarlah kita hidup di bawah jaminan Allah sepenuhnya. Itu lebih bermakna bagiku.


Dariku...
Bakal isterimu,
~Naluri ingin menyayangi dan disayangi itu adalah normal untuk manusia yg normal :) Tapi biarlah menyayangi dan disayangi yang membawa barakah kepada diri sendiri dan org yg disyangi… Apalah gunanya diri disyangi andai jauh dari rahmatNya. Wallahua’lam~

SEBARKAN..

  • Tulis “Makkah tetapi jangan tulis “Mekah” coz “Mekah” = House of Wine.  
  • Tulis “Masjid tetapi jangan tulis “Mosque” coz “Mosque” = Mosquitos.  
  • Tulis “Allah” jangan tulis “4JJI” coz “4JJI” = For Judas Jesus Isa Al-Masih.  
  • Tulis “Salam” jangan tulis “Ass” coz “Ass” = Donkey / Ass.  
  • Jangan guna “Bye” kerana “Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”  
  • Jangan guna “A’kum” kerana “A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.  
  • Jangan guna “Semekom” kerana “Semekom” bermaksud “Celaka Kamu.”  
  • Jangan guna "Mohd" kerana "Mohd" bermaksud "Dog with a big mouth"

 
Tolong forward kepada umat Islam yang lain, untuk elakkan diri daripada membuat dosa yang tidak disengajakan.

 
Sila hantar ini untuk semua Islam.
 
So? Yeah. Its mythbusting time!

 
1. First of all. Mekah bermaksud House of Wine? Tang ceruk mana pula Mekah bermaksud House of Wine? Mekkah bermakud Mecca dan juga sama dengan Mekkah. Ianya hanyalah ejaan dan bunyi. Plus, aku siap buka google map lagi kot-kot ada lah kan Mekah version wine punya. Tapi, yeah, korang pun tau jawapannya. So, kalau korang nak tulis Mekah ke, Meccah ke atau apa-apa je lah, tulis je. Tak ada hal lah.

 
2. Mosque maksudnya mosquitoes?. OMG this is so.... HAHA. So, selepas ni, orang Islam kat luar negara pun kena belajar bahasa melayu sebut Masjid sebab kalau sebut "Mosque" nanti bermaksud nyamuk. HAHA. Seriously, pembuat article ni memang ada sense of humor yang tinggi. Tak tahu ke dia yang Mosque tu adalah masjid dalam bahasa Inggris?

 
3. 4JJl amat menyerupai kalimah Allah dalam jawi. So, whats wrong kalau kita nak guna? Pedulikan lah pasal For Judas Jesus Isa Al-Masih tu. Tu semua bullshit sebab setiap benda adalah based on niat kita. Contohnya, kita nak sambut hari lahir kita pada 25 December. Dan 25 December tu ada Hari Krismas. So, kalau kita buat majlis makan-makan pada 25 December tu bermaksud kita sambut Hari Krismas? Come on.

 
4. Ass = Assignment! Omaigod aku ada satu lagi assignment yang masih belum hantar.

 
5. How the hell perkataan 'bye' boleh bermaksud Di Bawah Naungan Pope? Kenapa ianya di katakan di bawah naungan pope? Sedangkan perkataan bye berasal daripada Godbwye yang bermaksud "God Be With You". Okay fine mungkin sebab pencipta article ni nak galakkan umat islam guna perkataan 'Asaalamualaikum' bila nak blah tetapi kenapa mesti kaitkan dengan agama Kristian? Fitnah?

 
6. A'kum = Animal dalam bahasa Yahudi? Yahudi ada bahasa tersendiri ke? Bahasa Hebrew? Okay mungkin bahasa Habrew. So, aku dengan pemalasnya terus buka google translate untuk Hebrew ke english dan ke Malay. Tapi, tak ada satu pun aku boleh kaitan yang A'kum ni bermaksud 'animal'. Termasuklah pronounce dia. Kalau betul lah pronounce "Aaa-kum" bermaksud animal, kita bukannya nak guna pun. Sebab "A'kum" ni di gunakan dalam YM atau SMS yang bermaksud "Assalamualaikum". So, bila baca pun, still kita sebut Assalamualaikum. Dan macam aku cakap tadi, aku tak jumpa satu pun kaitan "A'kum" ni dengan binatang. So, jangan malu-malu jangan segan, gunalah. Tak ada hal. But still, gunalah Assalamualaikum kalau rajin. Lagi afdal

 
7. Sila rujuk point no 6.

8. Part ni, kalau ada gak yang percaya aku tak tahu lah. Mana lah tau kan kot-kot orang tu overreact sangat sampai nak tukar nama tak nak ada 'Mohd'. Well, aku gerenti 100% yang orang yang reka benda crap di atas, nama dia tak ada 'Mohd'.

Monday, November 15

MOON & STAR..

Kedinginan membuatkan hati bertambah derita.
Kesejukan angin bayu laut membawa udara yang segar ke daratan...
Suka & dukacita hanya melukakan...
Lebih baik menghayati dunia ini dengan sebaik-baiknya.....
Kesempurnaan itu milikNya..Pencipta kita semua....

Insyaallah...Allah Always By Your Side...
-Maher Zain.

Semalam adalah hari yang agak gembira..n,ade gak kesepian melanda...
Tapi,e2 semua ketentuannya.Yang Maha Kuasa menentukan...
Walaupun hanya sebentar....Thnx yeah kamoo~

Sunday, November 14

Bila Aku Datang,Kau Hilang..Bila Kau Mati,Aku Suka Sangat2..

Bila cinta kini

Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini
Hanyalah nestapa
Di tinggalkan cinta masa lalu

Dulu kau tawarkan
Manisnya janjimu
Dan ku sambut itu
Dengan segenap hatiku
Bila engkau pergi
Tinggalkan ku
Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku memilih
Cinta yang fana

Ku sebut namamu

Disetiap doaku
Bangkitkan setiap
Kenangan tentangmu
Yang ku dapat hanyalah bayangmu
Perginya dirimu
Merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan
Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan
Dalam harapan

Saturday, November 13

HAPPY SUDA,SEDIH PON SUDA.

Kelam kabut dalam berserabut untuk study pd minit2 terakhir.
Cuak melande.Namun,semuanya suda berakhir.hehehe..
skang mse utk njoy!lalalalala...
Pasnie,mse untuk praktikal pulak lar...
ha,da lar kne dok uma nenek.msty buhsan.alahaii...da la kt uma nenek ade nenek n atuk je.
Xpela,btw..ley tlong tgok2 kan atuk n nenek.
Sayang sgt2 kat mereka!hehee..:D
Mereka lah yang selalu mengambil berat tentang anak2 nya n cucu2nya dgn penoh kasih sayang....
I LOVE ATUK & NENEK !

Alahaiiii..naty kne dok kat sebelah bilik nenek..cuak la blik to.
da la seram.haha..dugaan smpai la khir bulan 4 twon depan....
Hope la aq ok2 je time praktikal naty.
nsib la g keje naty nek gn uncle..klu x,trpkse la nek LRT ary2..hahaha..

Ari ni 13 November 2010.kejapnye mse brlalu en..
mcam2 trjadi....
macam2 berlaku..ad y memeritkan n ade yang gembira...hehehe..
Kebahagiaan tercipta apabila berita yang agak menggembirakan hati parents ku..
Alya,my lil sister get straight A for her UPSR & PSRA..
Wah,excellent pnye budak!haha.aq pon xpndai cam die..
Berbaloi la aq anta die g skewl spnjg cti y tercipte.hak3.

Hm,buhsan.
Harap2 la kak zura ajak g hangout cept2 cket.hehehe..
ley la aq menghabiskan wit.
ha,dak y ske sgt membazir.xde aihh...smentre cty aq msih wjud en..
so,ley la wat smentare..tgok2 wayang ke..shopping2 pe y ptot ke...wah,bez too...
heeeheheh..

Out suda la,t malam continue lg...
Jalan2 cari makan,cari pasal..n,pape je la y patot.
ngan family la der..wahahaaa...huhuuu...

Thursday, November 4

INDAHNYA CIPTAAN MU YA ALLAH

Dijadikan indah pd (pandangan)manusia kecintaan kpd apa2 yg diingini iaitu wanita2,anak2,harta yg bnyk dari jnis emas,perak,kuda pilihn yg trlatih,binatang2 ternak,dan sawh ladang. Itulah kesenangan hidup d dunia & d sisi Allah-lah tmpat kmbali yg baik (syurga)..
[Surah al-Imran:14]


Wanita disebut dulu..semoga diri kita tidak tertipu denga...n kesenangan dan keindahan dunia yg fana' ini..
Sama2 jadikan renungan...

KESENGALAN.♫♪♫♫

Mengapa Pertengkaran Selalu Ada Antara Kita

Dan Begitu Mudahnya Kau Ucap Kata Ingin Berpisah
Seharusnya Kau Tahu, Takkan Semudah Itu
Bila Memang Kau Tulus Mencintaiku

Ku Cuba Selalu Untuk Mengerti
Tapi Tak Mampu Bertahan Lagi
Akanku Jalani Hidup
Mengabdi Cinta Yang Pantas Untukku
Ikatan Cinta Sudah Berakhir
Buah Hati kan Menjadi Saksi
Hanya Waktu Menemani
Biar Kenangan Tersimpan Dihati..............
Sekadar ingat mengingati.. ...


Perkara Sebelum Tidur( Tafsir Haqqi )

Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur
sebelum melakukan empat perkara, yaitu :

1. Sebelum khatam Al Qur'an,

2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,

3. Sebelum para muslim meridloi kamu,

4. Sebelum kau laksanakan haji dan umroh....
"Bertanya Aisyah :
"Ya Rasulullah.. .. Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?"
Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas tigakali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.

Bismillaahirrohmaan irrohiim,
Qulhualloohu ahad' Alloohushshomad' lam yalid walam yuulad' walam yakul lahuu kufuwan ahad' ( 3 x )

Membacalah sholawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.

Bismillaahirrohmaan irrohiim, Alloohumma shollii 'alaa syaidinaa
Muhammad wa'alaa aalii syaidinaa Muhammad ( 3 x )

Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredloi kamu.

Astaghfirulloohal adziim aladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuum
wa atuubu ilaih ( 3 x )

Dan,perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akankamu telah melaksanakan ibadah haji dan umroh"

Bismillaahirrohmaan irrohiim, Subhanalloohi Walhamdulillaahi
walaailaaha illalloohu alloohu akbar(3 x )
Sekian untuk ingatan kita bersama.
* Kalau rajin..Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Muslim yanglain.Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orag yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

Wednesday, November 3

12345..ABCD..

Semalam mengajar kita erti kehidupan...
Hari ini kita menempuh hari yang mencabar...
Esok...adalah hari mendatang yang kita tak tahu....??

Semalaman berfikir sejenak untuk pergi jauh dari kehidupan yang biasa.
Mungkinkah akan terjadi??
Yeah,tak lama lagi ku akan berhijrah...
Tidak jauh dari kehidupan sekarang...
Cuma seberang lautan...

Hmm,final bakal berakhir tidak lama lagi...
Tak sabar menanti..hehe.
Marketing sudah berakhir....yang tinggal kini hanya Business Management & Entrepreneurship...
Meninggalkan politeknik tercinta untuk seketika...
Praktikal??Mungkin tertangguh untuk sementara...haihhh..

Holiday bakal menyusul...
Bley lar brtemu dgn Doktor Ku..
Haa,Doc. Izzat...
Tunggu elok2 eh kt HSB...
Tp,hnye untuk sementara shaja bertugas di sana...
Praktikal untuk 3 tahun sbgai Doktor Pakar di Wad Kanak2.hehhe...
Gud Luck n All The Best to You There!

Bila dikira2 semula,sebulan je lagi Ulang tahun kelahiranku yang ke-19 tahun akan menjelma..
Wah,xsgke kot...heheh.da tue da aq.huhuu..
Neway,Gud Luck ntok ur final 9,10 Nov t eh mira..hehehe....:)
Chaiyoo!

Thursday, October 28

HARI YANG MENDEBARKAN.

Countdown3...
Tiggal bpe ary lg nk final.cuaknye...hmm..
Neway,skg mrse tenang.yeah,i like!...
huhuu..
study pon da agk better.heheh.lg 1 chpter.
hope la ble final t sume xhilg n ley wat dgn sbaik2nye....hehehe.
rakan2 ku DPM3.gud luck uke!
korg lg better dr aq.hope kte dpt brsaing shbiz2 an ble final tbe naty.cuaknye mmbyangkan dewn exm.
wah,mcm bru fez time plak dh.huhu...
then,pas abiz final....kte enjoy!!
yeah,e2 y aq mahukan.....:)

UJIAN , DUGAAN.

Allah SWT kadangkala melaksanakan hukuman di dunia ini dengan memberikanujian dan cubaan dalam bermacam bentuk, seperti.


1- Cubaan badaniah dan rohaniah yang berupa penyakit, luka, cacat pandangansalah satu angguta tubuh, rasa susah, gelisah, resah, duka cita, tidak aman dan lain-lain lagi.
2- Cubaan melalui kekayaan, seperti kehilangan, kebakaran, kekurangan, rosakdan sebagainya.
3- Cubaan melalui anak dan keluarga, seperti sakit, gila, lumpuh dan lain-lain.

Semua ujian dan cubaan tersebut mungkin terjadi kerana.

a- Hasil undangan dari kedurhakaan manusia sendiri, hasil usaha perbuatan dankelakuannya sendiri yang dihukum di dunia oleh Allah sebagai pembalasanlangsung dari dosa-dosanya itu. Kemungkinan ini dapat terjadi sebagai tanda kasih sayangNya untuk menghapuskan dosa kedurhakaannya di dunia ini, dandan ia akan keluar dari dunia ini dalam keadaan suci dah bersih. Kemungkinanlainnya ialah untuk meninggikan mertabatnya, baik di dunia mahu pun di akhirat, iaitu apabila ia tidak mempunyai dosa yang harus mendapat hukuman.

b- Takdir Allah sendiri untuk menguji hamba-hambanya secara terus-menerus di-rundung malaang,dan nantinya akan di ganti di akhirat dengan rahmat dan juga keredhaanNya.

Apabila seseorang itu menghadapi segala cubaan, ujian dan rintangan denganredha, ikhlas dan mencari jalan keluar dengan jalan yang sebaik-baiknya, tidakmengeluh, gelisah atau pun berputus asa. Allah akan mempermudahkan jalanan hidupnya.Memudahkan hisab di akhirat nanti, dan memberkati hidupnya.

Wednesday, October 20

TARIKH TELAH BERTUKAR.

Yeah!
Tarikh exam telah bertukar.cayalah..
1,9 & 10 November 2010.
hehehe.so,kne la strggle abiz2.:D
Fighting my all Fwen DPM3 !

Beggin,Beggin You....hahahhaa.

Tuesday, October 19

EVEREADY.

Sukenya bila die ceria.
Heheheh.Hm,kepenatan sgguh pabila dinyatakan bahawa terpaksa menyiapkan paper exam2 y lepas dalam mse y begitu singkat.cam pe lar dok berejam kat dalam library poli.
sungguh bengang dari kul 2.30 smpai dkt kul 6.30 bru settle sume kje to.haihh.
tetibe lak sume lec da blik.pintu sume da kunci.
Bek la bertapa kt umah lg bgoz.tidok!hahahaahk!

Esok lak quiz techno .hrap la y terakhir.huh.

Sunday, October 17

ANDAI ITU TAKDIRNYA.

Saya suka tengok jari awek saya... Cantik betul... Sungguh! Sampai takut nak pegang... Bukan takut patah... Tapi takut nanti jari kitorang tak boleh tolong each other Di satu hari yang giler forever depan yang maha Esa...


Saya suka tengok rambut awek saya... Cantik betol... Sungguh! Sebab tu saya belikan tudung... Bukan sebab jeles orang lain tengok jugak.... Tapi takut nanti terbakar dek api neraka pada suatu hari yang giler selamanya.

Saya suka tengok body awek saya... Cantik betol... Sungguh! Sebab tu saya belikan dia telekong Supaya mase dia jumpa dengan Kekasih dia Yang Utama Dia lagi cantik dan berseri menghadap Nya. Saya pun tumpang dapat pahala. Pheh syoknye...

Saya sedih tengok awek saya Tak tido, tak makan rindu kat saya... Saya pun macam tu jugak, Ada problem yang sama.. Dia tanya apa ubatnya? Saya pun bagi dia Quran untuk penenang jiwa... Semoga lebih cintakan Nya dari saya...

Saya sedih tengok awek saya Selalu pesan macam-macam kat saya... "Makan, minum, drive elok-elok tau.. Nanti awak sakit saya susah ati bla bla bla bla" katanya... Tapi bila tengok movie sama-sama burn asar maghrib gitu Die tak kata satu apa pun... Berdosanye saya....

Kesimpulannya saya memang sayang dia... Nak jumpa dia giler forever... Yang forever punye forever... Di dunia dan akhirat terutamanya, Janji nak share heaven sama-sama... Bahagia selamanya... Semoga kami saling mengingati, Dosa sendiri pun infiniti... Nak tanggung dosa dia lagi pulak lepas ni... Semoga kami menginsafi diri... Ya Allah ampunkanlah kami.... Semoga kami dapat bersama selamanya nanti...
P/s:
Andai anda seorang wanita muslimah... Mesti seronok kan kalau pasangan kita berfikiran camtu... Then kalu anda seorang muslim... Apa kata tanamkan dalam hati camtu... Cinta tu anugerah Allah... Pandai-pandai la kita menjaga nikmat Allah itu ye... Semoga saya pun ambik iktibar jgak... Wassalam.

MINGGU YANG MeNDATANG

18-22 Oktober 2010.
  • Bersedia untuk menghadapi minggu belajar.
  • Bersedia untuk menyemak semula buku dari awal sampai akhir.
  • Bersedia untuk tidur.haha.
  • Bersedia untuk pulang awal ke rumah setelah seminggu menetap di ILHAM yang sungguh bosan !
23-31 Oktober 2010.
  • Bertungkus lumus untuk study.
  • Bertungkus lumus untuk tidak online lagi.hahahaha!
  • Bertungkus lumus pada Hari Perkahwinan Along.
  • Bertungkus lumus untuk tidak lagi mengingati dirinya.hahahah!punah!
Malam 31 Oktober-1 November 2010
  • Pulang semula ke tanah air yang xbrape nak megah.
  • Sibuk semula untuk study abiz2 an.
  • Final pon bermula.huhuu..:(
1 November-22 November 2010.
  • Perancangan untuk holiday walaupon final blom habiz lagi.
  • Perancangan untuk bersuka ria.hak3!
  • Perancangan untuk study pada minit terakhir.Mungkin tidak akan dijangka bila aq mula start ntok study.
26 November 2010.
Final pon suda abiz.aq pon bley bersuka ria untuk 2 ari.GILE APE!!???
pasto da masuk tempat praktikal.huh.Tidak kuduga jadi begini la senget!
29 November..Kini di ampang.Mula bertugas sehingga 29 April.Gile dow aq xde cti lgsong!

RAMBUT !

Dalam kehidupan seharian kita,rambut memainkan peranan yang amat penting.
Yeah,meskipun memakai shawl or tdung.Rambut perlulah sentiasa dijaga.
Tidak perlulah seringkali mengabaikan anugerah yang diberikan ini.
Hahahaha! Aq suke rambut seperti ini! I LIKE GORGEOUS !wooch!
Kerinting2 macam maggi.Tp,smart larh.. Aq ske! Xske rambut yang lurus2 mcm pembaris !..
(hahaha.guro je.bersyukurlah atas segala kurniaannya okay..)

Saturday, October 16

SEKARANG!?

Aq suda gile sama ini hero n heroin mehh.hahaahah!
diorang cukop kacak bagi aq ok.hehe.

STAND BY ME.COPAQUE.

Kesihatan?
Yeah,sejk kebelakangan ini seringkali terjejas.mungkin faktor persekitaran yang tidak berapa normal.
uhh,redha.

Kebosanan?
Seringkali ditemani lappy ku kemana saja.kadang2 yeah.haha.suke bila tidak lagi buhsan.Mungkin faktor holiday ntok study week bkal tiba.so,kebosanan pon brkurangan.hahahaha!

Kegangguan Emosi?
Yeah,selalu sangat terjadi.Mungkin sebab die?
yez,aq akui memang sebab die.Aq suda jadi tidak begitu normal dan menjadi hampir gila disebabkan dia.Peperiksaan juga menodai hatiku.Cuak gile ble final hmpir tibe.Cehh,cam nk jwb soalan yang paling susah kt dunia plak.

Kemalasan?
hehe.lumrah lar kehidupan aq memg cmto.Malas ntok study tahap gaban.aq ske lek2 je.naty mrkah exm pon lek2 je.tp,final..insyaallah aq mau wat y trbaik lar.heheh..3.5 keats??bley ke?huhu..:D

Kejahatan?
Aq memg jhat.xske ntok jadi baik.e2 lah sifat sbenar aq.grrr..tp bukan selalu pon aq jahat.dlu aq baik.skang je..yela,bile aq baik,org dok pijak pale aq.skang,Nah!rsekan pe y aq rse.lanx korg la.

Kesedihan?
Tiap ari aq mengalami peristiwe seperti ini.suda lali dengan kehidupan aq.Yeah,aq LIKE pada sesiape y telah menyakitkan aty aq.Thanx taw kwn2 seperjuangan or x...hahaha.kerana korang aq sedar n kenal erti kehidupan..

Perubahan?
Pernah x kita mrse kesedihan yang melampau sampai air mata pon da xsanggup ntok berlinang lagi???
Sesetengah orang psti suda merasai pengalaman bermakna ni.
Ok,cube bayangkan jika seseorang yang kita sayang..psto,die tinggalkan kite..sedih x??msti sedih kan..
tidak perlulah kita terlalu bersedih atas pemergiannya..semua yang berlaku itu sudah tertulis.sebagai hambaNya..kita perlu redha dengan ketentuan yang telah dikurniakan.kita patot bersyukur sebab kita telah diberi anugerah yang begitu berharga daripadaNya.selain itu,kita juga perlulah menghargai nikmat itu.dan,bersyukurlah bahawa kita pernah juga merasai kasih sayang dan terasa disayangi daripada insan yang bertuah itu.tidak semua orang merasai kebahagiaan itu kan?jadi,renung2 kanlah.... ada hikmah d sebalik segala yang terjadi.kurniaan yang teramat berharga.

Tuesday, October 12

PERHAPZ BE TRUSTED..?

Halamakkk...
sume keje hve done!ley lex jap.
khmis lak going stdy back.huwaa.
byk gle la test poli ni nak wat.
xpham aq.pe jadah la sume ni sengal !

Wat lex je.aq fham e2 sume dugaan.
hehehe.nvm,today i had some suprise!
we going out to snap our pix!
wah!cool kot.bez gle.
merangkak dekt stengah btu dr aprtmen ILHAM nih.
meraung aq brjln ke sne n kemari.
Yez!aq ske kehidupan cmni.
da xde kongkongan idup n jelez oleh sesiape mahupon!
aq jelez gn sape2.
inilah WORLD aq y sbenar.idup dalam serba sederhana tanpa sebarang rintangan.ha5.
Dunie penoh kekusutan!

Thursday, October 7

W.T.F ! What The Face??!

Hahahaha....
Bez gle dow jln2 tgh mlam.heheh.
Bersme Dila n Lisa.huhuu.bez sgt2 !
Makan kt restoran makbul.trmakbul la kot doa aq agknye.hehe.
Pengalamn kot...psnie ntah dpt lg ke x jln2 mlm cmto.
Sgguh trse nikmat.

#$%^&*()
Haihhh...skang aq da fkir btol2.bek la aq lepaskan ko lenz...
aq da xsggup cmnih.
Aq mau khidupan aq y dulu.
maaf andai aq tinggalkan ko.thnx fren~
daa,,,,

Wednesday, October 6

IMAN..

Bile pk2 blik,haisyy..
Idup ni ble la agknye brakhir kn??
Hm,takot ble pk psal too.amal ibadat pon bukn sempurna sgt.haihh.
Kdang2 aq trpkir gak.Aq kwin dlu or mati dlu xkwin2??hahahaa.
kdg2 cam lawak.tp,e2 sume reality khidupan...
Kot2 de byk hutang..Hutang PTPTN pun belum tentu nak bayar nih....hahaha !
Bile pk blik,perlu ke aq abizkan wit smte2 ntok kebahagiaan aq???
Esh2,membazir nmenye...Amalan syaitan nauzubillah...

SEBAB AKU ADALAH AKU....TIADA YANG LAIN MELAINKAN MU YA ALLAH..
TUNJUKKANLAH AQ ke arah JALAN YANG BENAR n diredhai.


Perigi mencari timba atau timba mencari perigi ?
Dan jangan kita terlupa tugasan utama kita di dunia.
Sudah solehkah kita?
Dengan menyelesaikan persoalan tentang diri kita, dengan izin Allah dipermudahkan.


Lelaki baik, untuk wanita baik. Wanita baik, untuk lelaki baik. Itu sifir Ilahi! Itu firman tertinggi! Mahu kita percaya? Tidak perlu dijawab, tanyalah iman!

TAHUKAH ANDA?

Senarai Barang Yang Mengandungi Lemak Babi:


1. Minyak Masak Lam Soon (Cap Helang & Buruh )
2.. Ubat Pearl Cream Arche (Thai)
3. Ajinomoto (Thai)
4. Ais Krim Harga Rm1.00 Ke Atas
5. Semua Tauhu Buatan Orang Cina
6.. Sabun Lux & Lotion Badan Buatan Malaysia, USA , & Thai
7. Sabun Fab Berbuku
8. Lobak Jeruk
9. Mee & Kueteow Basah (Buatan Cina)
10. Krim Muka Hazeline Snow


Senarai Barang Yg Mengandungi Kulit Babi, Uri & Binatang Yang Tidak Halal:

1. Semua Jenis Serbuk Mee Segera Terutama Maggi
2. Pucuk, Kulit Popia, Fish Cake & Bebola Ikan Buatan Orang Cina
3. Daging Burger Import
4. Sardin, Kari Ayam Dlm Tin & Yong Taufu Buatan Orang Cina
5. Kasut Bola Jenis 'Gold Cup'
6. Berus Gigi Jenis 'Reach'
7. Mee Kering (Sanggol)
8. Semua Sabun Mandi Yang Diimport
9. Ajinomoto Kecuali Keluaran Kilang Lot 5710 Jalan Kuchai Lama Kl
10. Semua Jenis Shampoo Kecuali Keluaran Orang Islam
11. Have Pearl Cream
12. Ramuan Kentucky Fried Chicken & Mc Donald
13. Ubat Kurap Buatan Org Cina
14. Beehon Segera Siam
15.Mee Rebus Tulang & Kiub Perasa Ayam
16. Sabun Mandi Yang Berminyak

Senarai Barang Yang Mengandungi Gelatin Lemak Babi Dan Binatang Tidak Halal:

1. Bosset Wine Gum
2. Dairy Milk Coklat
3. Coklat Cadbury/ Chewing Gum
4. Sugus Strawberry
5. Passer Doily Mixture
6. Trebo Mint Chewing Gum/ Peppermint
7. Scothes Vikmin
8. Share Extra Atrenght
9. Black Current Jelly
10. Royal Gulaman & Decart Oranges
11.. Valvis Gelatin
12. Sarung Kapsul Ubat
13. Ais Krim Dalam Bekas Plastik
14. Gula-Gula Fruities
15. Cake Mets Vilber Punch
16.. Coklat Cake
17. Tepung Kastard Lady's Choice
18. Semua Jenis Jelly
19. Semua Jenis Gincu Bibir
20. Keseluruhan Jenis Sheisedo
21. Lady's Choice Jelly


Senarai Barang Yang Mengandungi Alkohol Unsur-Unsurnya

1. Barangan Avon Keseluruhannya
2. Pewangi Ketiak Terutama Jenama Vitalis & Concord
3. Minyak Rambut Brylcream (Hijau)
4. Racun Serangga Jenis Spray Seperti Sheltox, Baygon & Mortin
5. Seluruh Ubat Batuk Jenis Sirap
6. Keseluruhan Ball Pen Dakwat Kering
7. Tonik Bayi Grape Water, Tonik Waterberry Compound

FRUSTATED?

Pagi y indah....
Dikejutkan oleh sseorang dalam kelenaan mimpi brpnjangan spnjang mlam...
Mcam bese lar..pg2 nek teksi.bez gle duit yang keluar bagaikan air y mencurah dan melimpah-limpah kepada pak cik TEKSI !huh.
Smpai je kt poli,semangat berkobar-kobar ntok mndapat ilmu dunia n akhirat .
Puas la berjalan n teroz berjalan smpai la ke hjong...
Psto,nmpk la bngunan y xbpe nk megah..(Jabatan Pengajian Am) atau lebih dknali sbgai JPAM.
Pagi y kesejukan brtambah2 dgn suhu y lbey kurg 17 dgree celcius !
sejuk kot.
Tetibe dkejutkan dgn Quiz 'COMMERCIAL PURPOSE' y bakal dihadapi.Wah !sush kot.
bantai je lar...
hrap leps dpt 4 flat suda lar.insyaallah..
Hm,slepas e2...klaz SOFTSKILL pula...
Nasib la Puan Haza xmsok klaz td...
Syok la gak.Tp,tetibe je ad Quiz Bussiness lak..
hm,xdela sush mne kot.
Alhamdulillah la gak...hahahah.
Lagi 4 ari,Abg Naqi da nk blik Egypt...Uwaaa !xdpt kte nk jmpe lg en?
xpela,stdy elok2 k kt sne.Moge Selamat n berjaya d dunia n akhirat...

............................BLUR.

Tuesday, October 5

SAHABAT, KAWAN DAN LAWAN?Mari Kita Terjah..!

Sepanjang kehidupan kita bakal bertemu dengan ramai orang. Mereka datang pelbagai bentuk dan rupa, hitam putih, tinggi rendah, kurus gemuk dan cantik hodoh.

Mungkin secara puratanya kita bertemu atau berkenalan dengan lebih dari 100 orang setahun. Mereka yang kita temui ini sebenarnya mempunyai klasifikasi yang berbeza. Ada yang hanya kita temui sekali dalam kehidupan dan kemudiannya tidak bertemu lagi. Ada yang kita temui itu hanyalah melalui perbualan di gagang telefon. Ada yang menjadi kawan, kawan baik, adik angkat, kakak angkat, sahabat, kekasih dan sebagainya tak kurang juga yang menjadi musuh. Cuba anda ingatkan kembali semasa anda bersekolah rendah dahulu, berapa ramaikah yang masih lagi anda hubungi? Saya percaya mungkin hanya tinggal seorang dua sahaja ke saat ini kerana mereka telahpun mengambil haluan masing-masing dan kita sendiri tak tahu di mana mereka berada pada waktu ini.

Kalau difikirkan kembali entah berapa ramai kawan yang kita temui dalam hidup ini tetapi tidak menjadi sahabat. Untuk mengenali seseorang itu sebenarnya mengambil masa yang lama tetapi ada juga diantara kita yang mudah mempercayai seseorang walaupun hanya beberapa jam sahaja bertemu. Kata-kata kawan makan kawan selalu kita dengar tetapi saya percaya kita tak pernah bertemu dengan kata-kata sahabat makan sahabat.

Sukar juga untuk saya mencari definasi sahabat dalam bahasa Inggeris. Friend bermakna kawan, good friend pula bermakna kawan baik, best friend membawa makna kawan karib. Mungkin definasi sahabat yang paling dekat dalam bahasa Inggeris ialah “fellow”. Semasa saya di Amerika dahulu, Orang Pakistan, orang kulit hitam dan putih yang beragama Islam bila bertemu dengan orang Islam yang lain mereka akan menggunakan perkataan “brother” yang membawa maksud adik atau abang atau saudara seagama. Ini dapat dilihat satu masa dahulu di zaman Rasullullah S.A.W. yang mana saudara seislam dikasihi dan saudara kandung yang bukan Islam diperangi.

Dalam hal ini, kita boleh jumpa ramai kawan tetapi sebenarnya amat sukar untuk kita mencari seorang sahabat. Kawan boleh bertukar menjadi lawan. Lawan dah sememangnyalah lawan. Apapun klasifikasinya mereka tetap merupakan aset bagi kita samaada dalam bentuk teladan, pemangkin atau pemberi iktibar.

Di dalam puisi sebelum ini sahabat adalah orang yang akan membantu kita di masa kesusahan, mempercayai kita pada setiap ketika, amanah, rendah hati, mendoakan kejayaan kita dan pelbagai lagi nilai yang murni. Sahabat sebegini akan membantu anda dengan ikhlas tanpa mengenakan bayaran, kawan pula adakalanya akan membantu anda tetapi meminta balasan. Seorang sahabat pula selalunya akan dapat mengenali siapa kawannya, lawannya mahupun sahabatnya yang lain. Mungkin lebih mudah mencari seorang sahabat di masjid-masjid.

Salah satu ciri utama seorang sahabat ialah seorang sahabat yang baik akan menegur kesilapan yang kita buat. Kadang-kadang ada seseorang yang menegur kesilapan kita tetapi kita memberikan reaksi negatif lalu terus membenci mereka. Dalam hal ini kita sepatutnya menerima teguran tersebut dengan hati terbuka dan melakukan perubahan sekiranya perlu tentang kesilapan yang kita lakukan itu. Inilah salah satu lagi tanda yang kawan anda itu mempunyai nilai-nilai seorang sahabat. Begitu juga dalam perhubungan suami isteri, perhubungan yang baik mesti ada tegur menegur yang membina tapi bukannya pertengkaran.

Dalam kisah Nabi pula, sahabat nabi Abu Bakar mendapat gelaran As Siddiq yang membawa maksud “yang membenarkan” kerana beliau mempercayai cerita Nabi Muhammad naik ke langit semasa Israq Misraj sedangkan orang lain tidak mempercayainya.

Katalah di dalam sebuah kelas Nani tertinggalkan hand phone yang mahal dan seorang Pengawal nampak Ros adalah orang terakhir yang meninggalkan kelas tersebut. Pengawal itu menuduh Ros yang mengambil hand phone itu kerana beliau orang terakhir yang meninggalkan kelas itu. Sekiranya Ros mempunyai sifat seorang kawan anda mungkin akan berkata ada kemungkinan Ros yang mengambilnya tetapi sekiranya Ros mempunyai nilai seorang sahabat yang tahu hand phone itu bukan haknya dan tak mahu mengotorkan jiwa dengan membuat dosa maka anda pasti akan menafikan sekeras-kerasnya atas tuduhan yang dikenakan pada Ros. Inilah antara perbezaan antara kawan dengan sahabat yang boleh saya simpulkan.

Mengetahui klasifikasi antara kawan, sahabat dan lawan akan dapat membantu anda mengelakkan permasalahan yang bersifat perhubungan dengan sahabat handai. Mereka yang berkahwin dengan perempuan yang mempunyai sifat-sifat seorang sahabat akan mendapat isteri yang baik dan taat kepada suaminya manakala mereka yang mempunyai ramai sahabat pula akan dapat menjalankan kehidupan dengan baik dengan sokongan padu lagi berterusan dari mereka-mereka yang bergelar sahabat ini.